Sunday, July 22, 2007

Bahasa Oh Bahasa...

Nampaknya ada kekeliruan sedikit dalam perkara Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Bagi saya yang tak suka kepada kecelaruan kognitif (cognitive dissonance), Bahasa Malaysia ialah Bahasa rakyat atau orang-orang Malaysia tak kira keturunan, budaya atau ugama. Bahasa Melayu pula ialah bahasa rakyat keturunan Melayu, sama seperti Bahasa Cina, Bahasa India. Hindi dll. Namun Bahasa Melayu sudah diterima sebagai Bahasa Resmi negara mengikut Perlembagaan sedangkan Bahasa Malaysia sudah menjadi satu mata pelajaran wajib dalam sekolah-sekolah untuk peperiksaan SRP. SPM dan STP/STPM ( Kertas BM).



Lebih penting dari kecekcokan mengenai terminologi mana yang lebih sesuai digunakan dalam keadaan mana. ialah masalah penggunaan Bahasa itu dengan BETUL. TEPAT dan MANTAP. Betul dari segi nahunya (grammar), tepat dari segi penyampaian maksuk ( sinteksnya) dan mentap dari segi gaya-gunanya (usage). Jika tidak digunakan dengan betul, tepat dan mantap, cacatlah kejatiannya dan malulah penggunanya,apalagi jika ia berketurunan Melayu . Bagi pelajar-pelajar sekolah ia bererti dapat pangkat "C" saja sebaik-baiknya atau GAGAL TERUS dalam mata pelajaran BM!

Saya sungguh hairan kenapa ramai anak-anak Melayu sendiri ramai yang tak dapat menggunakan Bahasa Melayu ( alias BM) dengan baik dan tidak boleh mendapat pangkat "A" dalam peperiksaan sedangkan ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang sudah dapat berbuat begitu. Malah ada orang-orang dewasa Melayu sendiri yang tidak dapat menggunakan Bahasa dengan betul. Alasan "saya bukan pengarang atau penulis" tidak dapat diterima kerana kepandaian itu adalah perkara lain, bukan soal membuat ayat atau menyusun kata-kata dengan betul sahaja.

Apa rasanya bila mendengar orang Melayu sendiri berkata:
" Aku tak ada pendapatan mengenai perkara 'tu. Awak boleh tanya sama Samad. Dia akan cakap semuanya. Dia boleh percaya punya orang, very trustworthy . Aku percaya sama dia untuk cakap hal 'tu. Dia kawan baik aku sama sekolah sama mandi sungai.."

Mungkin ada yang akan berkata bahawa petikan di atas adalah bahasa perbualan. Boleh saja menggunakan ayat-ayat yang tidak lengkap, tak betul nahunya dan bercampur aduk dengan istilah Inggeris. Jika anak-anak muda sekarang pula, perbualannya akan penuh dengan bahasa bunyi ( "gedegung" berlanggar, dia datang "wooosh", sekali aku bagi "gedepak")
dengan gerak-geri yang lebih menyampaikan maksudnya dari kata-kata yang digunakan. Apabila ajuk bunyi itu( onomatapoeia) serta gerak-geri tangannya (gestures) disekat, mereka mungkin tidak akan dapat bercerita langsung!

Tetapi kita tak ambil peduli, tak mau menegur dan membetulkan dimana yang boleh pada waktu kesilapan itu didengar. Baik bila mendengar anak-anak kita berbual apalagi jika yang berbual itu adalah orang dewasa. Kita biarkan saja dan ada kalanya kita juga membuat kesalahan yang sama. Lain halnya bagi orang-orang Inggeris. Ibu bapa selalu saja menegur anak-anak mereka apabila melakukan kesilapan nahu (grammar) dalam perbualan. " Mind your language.....mind your grammar, John!"
pernah kita dengar dalam perbualan keluarga di TV.

Tak bolehkah kita sebagai ibubapa tolong membetulkan Bahasa Melayu anak-anak kita dalam perbualan sehari-hari di rumah? Pembetulan begitu tentu akan lebih berkesan dari tunjuk ajar di dalam kelas-kelas BM di sekolah. Jika Bahasa yang digunakan di rumah sehari-hari selalu simpang perenang seperti lalang ditiup angin, apalagi jika dibiarkan pula bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris ( kadangkala memang digalakkan begitu!), janganlah terperanjat jika rakyat berketurunan bukan Melayu akan suatu hari berbicara dan menulis dengan lebih lancar dan fasih dari si Dolah dan Mamat.

Lebih penting, Ah Chong, David, Aramugam, Mei Li, Devi, Amjit Kaur dll. dapat pangkat "A1" dalam BM di dalam peperiksaan SMR, SPM atau STP/STPM, manakala Dolah dan Minah dapat "C" atau lebih teruk dari itu dan gagal terus.....

2 comments:

akmalhizam said...

Somehow reading this reminds me of the times when we watched 'Mind Your Language' together, a very long time ago...
:)

norzah said...

Berullah tu, AH. Bila ingatkan benggali 'thousand pardon' tu mula tersengeh macam org otak tak center.
U je yg dah berani tulis komen and that's very2 good. Yg lain nampaknya takut-takut lagi kerana cuma boleh cakap je, nak tulis susah.