( Some comments and reflections which hopefully can help to crytalize the issues faced by country and people in the search for solutions)
Wednesday, August 1, 2007
BOLA: Komen dari Bilik TV!
Malaysia kalah teruk lawan Cina dan Afghanistan dalam pertandingan Piala Asia: dapat 5-0 dalam kedua permainan. Ana tidak tidak tau langsung tentang petua-petua permainan yang baik. Cuma dapat lihat dan bandingkan macam mana pasukan negara bermain berbanding dengan pasukan-pasukan lain yang jauh lebih handal, apalagi pasukan negara-negara jaguh bola.
Komen-komen ini didengar dari kawan-kawan yang turut menonton TV dan ana persetujui kerana tidak teknikal. Rasanya yang
lemah dan mengeciwakan ( malah membuat marah) itu, tetap sama baik dilihat dari kacamata penonton biasa ataupun seorang pro. Ana sebutkan dengan ringkas saja:
1. Berlari bawa bola: Tidak pantas, teragak-agak dan selalu kebelakang, bukan terus ke hadapan dengan laju dengan kawalan yang rapi.
2. Tendang jauh hantar pada kawan: Selalu kebelakang atau orang menunggu tak bergerak, bukan kepada kawan yang sedang berlari kencang kehadapan yang akan dapat membawa bola terus ke arah gol lawan atau mnghantarkanya kepada kawan yang berdekatan agak dapat dikawal dengan baik.
3. Tendang dari tepi ketengah di hadapan gol lawan: Selalu terlalu jauh atau terlalu dekat terus kelujar gol tanpa disentuh. Terlalu jauh kena rebut dan bertarung dulu. Yang cantik ialah untuk dapat ditendang-sambung ke arah gol atau ditanduk dengan sekali tanduk saja. Boleh juga pas dua kali tapi mesti berterusan, tidak terhenti dan meng'etek-etek' dahulu. Percubaan tendang- sambung selalu meleset seolah-olah tiada latihan. Inilah yang amat mengeciwakan dan pemain patut dilatih sampai tidak payah berfikir lagi - sudah menjadi tindakan refleks yang otomatis.
4. Passing bola: Selalu berhenti sebelum pass; ada yang terpandang-pandang mencari kawan. Pemain begini patut dibuang saja dari pasukan kerana tidak dapat mengagak dimana kawan mereka harus berada dan menghantar bola dihadapannya sambil ia berlari, bukan hantar kepada orang menanti atau kebelakang (arah gol sendiri);
5. Bawa bola di hadapan gol lawan: ramai yang tak sempat-sempat menendang ke gol, tak mau passing lagi; nak passing pula terhenti-henti tercari-cari orang dan bola pun dirampas lawan. Patut dilatih semasak-masaknya untuk buat dua atau tiga pass (hantaran) sebelum tendang ke gol, tanpa terhenti-henti setiap kali pass; bola mesti terus bergerak laju, biar sampai enam kali pass jika kubu lawan begitu kukuh. Kelirukan mereka dengan pergerakan bola sebelum tendang ke gol; dan
6. Tendang overhead dihadapan pintu gol lawan: ia yang paling cantik dan pemain kita mesti dilatih habis-habisan untuk melakukannya tanpa teragak-agak.
Itu saja komen dari bilik TV dari peminat bukan pro dan tidak tau bahasa teknikal. Jika kelemahan-kelemahan tersebut dapat diatasi, insyaallah pasukan bola negara akan maju semula. Jangan lupa membina stamina. Negara-negara yang semakin maju dalam sukan ini nampaknya semua yang biasa perang - Iran, Afghanistan, Jepun, Korea, Vietnam, termasuk Thailand.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment