( Some comments and reflections which hopefully can help to crytalize the issues faced by country and people in the search for solutions)
Monday, December 23, 2019
PM BARU - KABINET BARU - PENYAKIT BARU
SALAM BAHAGIA
19 MAC, 2020. AKHIRNYA…sesudah dua minggu bergaduh, Malaysia mendapat PM baru yang melantik ahli-ahli kabinet professional. Kalau bukan dibidang teknikal pastinya dibidang politik.Sebaik ini selesai masalah covid 19 pula
melanda dengan akibat dahsyat diseluruh dunia, melumpuhkan banyak kegiatan ekonomi dan perniagaan,
Malaysia turut jadi kelamkabut… sudah lebih 700 yang tumbang dan dua meninggal dunia (59 sembuhsemula). Terima kasih kepada wira-wira Kementerian Kesihatan dan Hospital2 dengan PM baru dan Kabinet baru yang bertindak pantas untuk membendung wabak penyakit itu. Perintah mengawal pergerakan sudah diberi tapi RAKYAT MALAYSIA rupa2nya masih ramai yang pekak. Suruh duduk rumah tapi tetap berbondong-bondong keluar, menjadi kandidat penyebar penyakit itu.
Arahkan Polis dan Askar pun menghalang, takkan berguna. Sebaiknya didenda dan dikurung dalam jel jika didapati melanggar perintah, tanpa banyak cerita. Cuma cubitan pada dompet yg akan berkesan.
Yang amat penting waktu pergerakan rakyat dikawal ini ialah adanya tempat susuai untuk dapat bekalan barang-barang perlu dan maknanan. Mesti ada ditiap-tiap kawas tidak jauh dari rumah penduduk. Mesti selamat dan terkawal dan kalau boleh dengan harga yang subsidized. Bantuan kewangan dari pekej rangsangan ekonomi mesti dipercepat.
Isi poket rakyat dan perniagaan serta ekonomi negara akan pulih semula. Berbuih mulut beri nasihat kalau hidup dah terdesk orang peduli apa. Kalau anak-anak menangis tak makan, kedai-kedai pun akan dipecah seperti pernah berlaku diAmerika Syarikat.
Selain itu Kementerian Pertanian harus Cari jalan menggunakan tenaga orang-orang yang TERPAKSA BERCUTI. KALAU MEREKA BOLEH BUAT HOME GARDENING tanpa berkumpul, dan ibu-ibu buat dan jual makanan murah, langkah baiknya. Kita perlu reduce import barang-barang makanan, majukan semangant DIY dan untuk majukan import substitution. Biar kelajuan pembanganunan dikurangkan sedikit asalkan ekonomi negara kembali stabil dan nilai ringgit pulih semula.
Well PM dan Kabinet baru. Ada 2-3 tahun untuk buktikan kembampuan. Setakat ini nampak amat memberangsangkan. Cuma belum nampak kesan membaiki kewangan negara, menurunkan harga barangan dan put some money in the rakyat's pocket to spend
and revive local business.
Allah selamatkan kita dari bala, wabak dan kesusahan….Subhanallah.
*******************
selamat pagi 29.10.2019
Sudah begitu lama saya tidak menjengok halaman blog ini kerana saya dapati tidak ada pembaca. namun membaca tulisan2lama aya dapat ia berguna untuk peringatan diri sendiri tentang perjalanan masa dan reaksi kepada event2 semasa. oleh itu inginlah saya merenung kembali dan mencatitkan kesan2 kesan satu tahun yang lalu hingga kini.
Memang telah terlalu banyak perkara penting berlaku. Kerajaan UMNO telah tumbang dlm PU14 ( Mei 2018)dan Tun Mahatihir menjadi PM semula mengetuai gabungan Parti Harapan terdiri dari Pati Pribumi( Mahyuddin), Parti Keadilan (anwar Ibrahim), DAP ( Kit Siang) dan Parti Amanah (Md Sabu). Manisfesto PH antara lain - menghapus GST, Tol, turunkan harga minyak,paling utama ialah MENGHAPUSKAN RASUAH.Janji Tun Mahathir akan menjadi PM dua tahun kemudian serahkan pemerintahan kepada Anwar Ibrahim.
Hari ini kemajuan yang paling nyata ialah usaha menghapuskan rasuah khususnya antara pemimpin2 parti UMNO. Negara telah kerugian wang berpuluh billion RM melalui 1MDB, pensyarikatan FELDA, pinjaman KWSP, KHAZANAH NASIONAL, dan lain2 GLC Kerajaan. Semua pemimpin2 UMNO
tertinggi sedang disiasat atau sudah menghadapi tuduhan rasuah , salahguna kuasa atau money laundering.Pegawai
2 tinggi Kerajaan juga semakin ramai yang dikesan terlibat dan sedang menghadpi tindakan undang2. Amin ya rabbul alamin. moga Allah melindungi yg benar dan mendedahkan yg bersalah.
Dengan perubahan teraju pemerintahan, pemimpin2 peringkat Negeri, Daerah, dan Kampung2 juga berubah.inilah perubahan yang amat nyata dan terasa diperingkat akar umbi. Ketua2 Kampung UMNO yang sombong, mewah, tak kisah hal orang2 yg tiada pengaruh politik telah hilang kuasa,dan musuh2 mereka naik takhta.kesannya? masih dalam perhatian…
Kewangan negara diserahkan kepada Ketua Setiausaha DAP, Guan Eng anak Lim Kit Siang, sebagai Menteri Kewangan. inilah yang minimbulkan banjir kritikan dari UMNO dan orang2 Melayu. mereka lupa yang Menteri2 Kewangan waktu mula2 merdeka dahulu adalah bukan Melayu.Dan orang2 Melayu yang mengurus badan2 swasta serta GLCs ramai yang disyakki terlibat dalam usaha memperkaya diri sendiri (MDS).hanya orang yang biasa dengan kemewahan tidak akan "mabuk" melihat wang yang banyak! Sehingga hari ini- dan selepas pembentangan bajet 2020- masih tidak nampak apa-apa sikap 'racial bias' dipehak Eng Guan.
GST telah dihapus dan diganti dengan SST. Ramai yang tidak nampak perbedaannya. cukai GST dikenakan atas semua barang @6%. cukai SST dikenakan atas barang dan servis tertentu saja dan pada kadar yg berlainan. Barang mewah lebih tinggi cukainya, kera itu taukeh2lebih suka pada GST.
(bersambung)
************************************************
Tun Mahathir sedia dikenal dunia dan apabila in mejadi PM semula mereka yang sudah tidak percaya lagi kepada kerajaan DS Najib dan DS Zahid tentu berasa lapang. Namun Tun M juga ahli politik dan tidak sunyi dari pelbagai tuduhan mementingkan diri sendiri (PDS). Tapi nekadnya untuk menghapus rasuah dan medakwa semua mereka yg terlibat, amat nyata dan harus dipuji.Masala pertama yang dihadapinya selepas menjadi PM semula ialah mengembalikan keyakinan rakyat kepada Kerajaan, menjaga keamanan dan menstabilkan ekonomi dengan membayar hutang2 negara dan tidak menjadi negara muflis.
Saya kira ketiga-tiga keutamaan itu SUDAH TERLAKSANA biarpun janji2 dalam manifesto Parti Harapan belum terlaksana sepenuhnya. Kenalah baikkkan/tukar mekanisma kerajaan yang sudah rosak dahulu sebelum yang baru dapat dipasang. Tidak mudah menukar sikap pemerintah yang sudah 66 tahun berkuasa dan menggunaka rasuah sebagai pencepat sebarang tindakan, BUKAN PERASAAN URGENCY YANG IKHLAS. Masih ramai pegawai2 kanan Kerjaan yang masih setia kepada pemimpin2 lama, DSR dan tonto2nya.
Masalah utama sekarang ialah harga barang2 keperluas asas hidup yang terus malambung naik manakala gaji tidak bertambah. Walaupun kadar kemiskinan dikatakan naik, pergilah melawat kekampung2. penuh kereta2 mewah dan rumah2 tua terbiar dan diganti atau dibaikpulih oleh anak-anak yang sudah bergaji. Bukan miskin lagi tetapi tetap ada kesusahan, kesempitan berkala dan keputusan belanja. Apalgi jika tidak bijak megurusperbelanjaan harian, sanggup papa asal bergaya…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment