Saturday, January 9, 2010

Renungan Agama bagi tahun 2010 (Salinan dari Gema Sukma)

Memang banyak masalah agama Islam yang telah dihadapi dalam tahun 2009 dan awal 2010. Dari soal penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald yang mendukung agama Kristian hinggalah kepada soal kejadian murtad antara orang-orang Melayu, pengajarana agama oleh ilmuan (scholars) yang tidak mendapat kebenaran untuk mengajar oleh pehak berkuasa, dan sengketa antara ulamak UMNO dan PAS mengenai berbagai-bagi perkara.

Permasalahan-permasalahan itu akan berterusan kerana dalam agama Islam tidak ada pehak berkuasa tertinggi yang boleh memutuskan sesuatu seperti Kalifah di zaman Rasulallah SAW dan Kalifah-kalifah al-Rashidin termasuk yang mempunyai kuasa pemerintah selepasnya. Setiap keputusan/penyelesaian mestilah berasaskan al-Quran dan Sunnah, Ijtimak dan mungkin Qias,yang semuanya boleh menerima tafsiran yang berlainan dari berbagai-bagai mazhab. Walaupun di Malaysia kita berpegang kepada mazhab Shafie dan berpandukan Sunnah wal Jemaah, masih boleh timbul berlainan pendapat dan fahaman.

Oleh itu yang boleh dilakukan ialah bagi kita menyusun kepentingan isu-isu agama yang timbul mengikut keutamaan dan kepentingannya sebagai panduan hidup dan amalam mukmin.Janganlah hendaknya perkara-perkara kurang mengesani hidup kaum muslimin sehari-hari diperhebuh-hebuhkan lebih dari yang menyentuh aqidah dan amal ibadah yang wajib disempurnakan setiap hari dan waktu.Perkara-perkara yang secara terus boleh merosakkan aqidah, membatalkan sembahyang,merosakkan puasa dan lain-lain amal ibadah khusus dan am, harus diberi keutamaan. Perkara-perkara lain harus diterima sebagai cabaran dan dugaan kepada kekuatan iman dan taqwa kita. Jika adanya kedai menjual minuman arak berdekatan dengan rumah kita dikatakan mengancam iman dan ketaqwaan kita, ada khabar-khabar angin atau kata-kata yang digunakan oleh rakyat bukan Islam yang kurang menyenagkan dikatakan mengganggu-gugat aqidah dah iman kita, itu mungkin bererti iman dan ketaqwaan kita yang belum cukup teguh dan mantap. Ingatlah bagaiman iman Khatib dan pejuang-pejuang agama zaman Rasulallah dahulu diuji dan diancam oleh musuh-musuh Islam. Kemenangan Islam terletak pada kebolehan
menghadapi ujian-ujian itu dan mendapat kekuatan yang lebih darinya, bukan hanya dengan menewaskan musuh.
Kalah menang perang di medan peperangan, kalah menang di medan politik atau di mahkamah perundangan belum tentu dapat menentukan kemenangan akhir dalam perjuangan agama dan keyakinan manusia terhadap Tuhannya.Mereka yang terkorban atau tewas dalam perjuang agama di dunia boleh mendapat tempat yang lebih mulia di sisi Allah dari yang menang seperti mereka yang mati syahid. Iman dan taqwa yang tebal,mentap dan kukuh tidak begitu mudah diganggu oleh cabaran dan ujian-ujian duniawi.

Oleh itu isu utama yang perlu dibicarakan ialah bagaimana untuk memupuk iman dan taqwa yang demikian dikalangan umat Islam supaya dapat menghadapi ujian-ujian yang hebat. Penangkisan yang paling kukuh kepada ujian-ujian itu harus datang dari dalam hati sendiri, bukan dari perlindungan-perlindungan dunia yang tetap rapuh dan tidak kekal. Perjuangan Islam hari ini harus tertumpu kepada pembinaan jiwa dan hati mukmin yang paling tebal dengan iman dan taqwa, bukan melindunginya dari ujian-ujian yang akan terus timbul dari masa ke semasa.

Jika iman dan taqwa itu masih lemah, setinggi-tingi tembuk penahan ujian, sekuat-kuat peralatan perang dan sebijak-bijak strategi untuk mempertahankan hak Muslimin akan akhirnya-akhirnya tergugat juga.Wallahualam.

2 comments:

rambomadonna said...

This year the issue of Kalimah Allah shook our country. Last year, it was the issue of "mualafs" whom denounce the religion and return to their old religion without informing the Islamic authority until it became a tug of war between the Islamic authority and family members. More and more issues are coming forward to test the freedom of religion in our country.

norzah said...

Tepat sekali, toh. Menguji religious freedom dan juga the quality of religiousity that Malaysia acquired and cultivated. Kaslau kita sudah teguh dgn keyakinan keagaaman kita, ribut petir, tsunami dan gempabumi sekalipun keyakinan kita takkan berubah. Cuma jika keyakinan itu berasakan ikutan, tidak mendalam, dan terus teruji oleh kenyataan hukum alam, juga hembusan ilham dan iluminasi serta chahaya ketuhan yg baru, seorang mungkin waswas dan akan mencari petunjuk-petunjuk baru. Apa pun bisikan hati nurani itulah petunjuk suci dari Yg Mahakuasa, kan?