Sudah lama saya tidak mengisi ruangan ini kerana tidak mendapat sambutan. Ternyata orang tak suka membaca tulisan yang panjang-panjang. Namun ada perkara yang elok dibicarakan secara agak serius. Saya rasa banyak perbalahan dalam agama Islam timbul dari penggunaan istilah yang kurang tepat, tidak membawa maksud yang diingin dan tidak pernah dikaji etymologinya. Inilah saya cuba membuka perbincangan mengenainya, jika ada yang berminat. Segala tegoran dan pandangan adalah dialu-alukan.
Agama dan
Falsafah (Suatu Mukadimah)
(Deraf
Pertama)
Banyak
kekeliruan yang timbul mengenai agama dan falsafah. Hubungannya memang sangat
rapat kerana kedua-duanya perkara abstrek (mujarrad), melibatkan akal fikiran
(thoughts) dan perasaan (emotion). Beda terpenting, agama tidak boleh dihujah
(argue). Apa yang diperintah dan dilarang oleh agama mengikut kitab-kitab yang
diutamakan (Zabur, Taurah, Injil, al-Quran dll.) mesti dipatuhi tanpa soal-moal
untuk dianggap sebagai orang yang beragama.Sedang falsafah mempersoal sesuatu
mengenai pengertiannya, mencari kebenaran dengan mendebati (argue),menyelidik
dan mengrationalizekan sesuatu perkara itu.
Ambil saja contoh
paling mudah: Percaya tentang ujud Tuhan. Orang beragama baik Kristian, Zionis,
Islam atau lain-lain yang percaya bahawa alam ini dicipta oleh suatu Roh (Being) Maha Berkuasa,
tidak boleh lagi mempersoalkan hal itu. Roh Maha Berkuasa itu tetap diterima
ada (ujud), walaupun tidak dapat dilihat. Sebaliknya yang tidak percaya dengan
ujud Roh itu dianggap “atheist”.
Tetapi
falsafah menyoal ujud itu, kalau pun bukan apa/siapa Roh Berkuasa itu sendiri. Apakah sifat-sifat
ujudnya, serjauh mana Ia menguasai tindak-tanduk manusia, menentukan nasib
mereka, mengawal pergerakan alam semesta ini dan segala isisnya, menghukum
manusia sesudah mati kelak dll? Semua itu boleh didebatkan berasakan logic,
pemikiran dan perasaan dalam bidang falsafah.
Demikian
orang yang beragama tidak menyoal perkara ujud Roh itu – Tuhan atau Allah swt
di dalam Islam – tetapi boleh mendebatkan (argue) mengenai sifat-sifat keujudan
itu, sejauh mana Tuhan menentukan kelakuan manusia, menentukan nasibnya, menguasai
pergerakan segala benda dalam dunia ini dll.
Ada
ulamak-ulamak Islam yang mendebatkan sama ada Tuhan akan dapat dilihat oleh
mansuia atau tidak diakhirat nanti. Kisah Nabi Musa hendak melihat Tuhan menunjukkan
bahawa manusia tidak mungkin boleh melihatNya sedang ada ayat-ayat al-Quran
yang menyatakan bahawa manusia akan dapat melihat tuhan mereka dihari
pengadilan nanti. Manakah yang betul?
Begitu juga
hal penguasaan Tuhan terhadap kelakuan dan perbuatan manusia. Kaum Jabariah
mengatakan Tuhan menguasai segala-gala tindakan dan keputusan manusia. Kaum Mu’tazilah
pula yakin Tuhan memberi pilihan dan manusia sendirilah yang bertanggungjawab
tentang kelakuan, perbuatan dan keputusan-keputusannya. Manakah yang betul?
Dalam
kedua-dua contoh ini soal pokok yang timbul ialah soal “melihat Tuhan” dan “kekuasaan”
Tuhan terhadap kelakuan manusia. Ternyata dalam perkara pertama itu apa yang
jadi pokok perbalahan ialah penggunaan istilah “melihat”. Melihat bagaimana? Dengan mata kasar (mata zahir) atau mata
hati/mata batin? Kita boleh bicara anjang lebar tentang perkara itu tetapi yang
pentingnya istilah “melihat” itulah yang mengelirukan. Melihat biasanya merujuk
kepada melihat dengan mata kasar. Melihat dengan mata hati itu lebih tebat
disebut “menyedari”.
Kita tetap
‘menyedari” ujud Allah tetapi tidak melihatNya. Allah itu ujud kerana kita
menyedari ujudnya, walaupun tidak nampak. Kita nampak atau melihat sesuatu kerana mengasingkan sesuatu benda itu
dari persekitrannya. Kita melihat pokok kayu misalnya tetapi tidak uadara yang
mengelilinginya. Udara itu ada dan kita boleh menyedarinya tetapi tidak
melihatnya biarpun ia sedang bertiup kencang kerana yang kita lihat ialah benda-benda
lain bergoyang kerana tiupan itu atau tubuh kita berasa sejuk kerana ditiup
angin itu.
Begitulah
kita menyedari Tuhan itu ujud dan ada (lawan tiada) walaupun kita tidak
melihatNya. Seperti juga kita sedar bahawa Ahmad itu ada walaupun kita tidak
melihatnya kerana ia beradaan ditempat lain. Oleh itu dapat dapat dilihat
bukanlah syarat ujud ada kerana yang tak
dilihat pun ada kalau kita sedar bahawa ia ada. Bila sudah faham tentang beda
melihat dan menyedari ini, barulah soal dapat melihat atau tidak itu tidak lagi
menjadi soal besar. Lebih penting ialah menyedari sesuatu itu ada atau tidak
ada.
Mengai soal
kedaua sejauh manakah Tuhan mengusasai kelakuan, perbuatan dan keputusan
manusia, istilah yang mengelirukan ialah istilah “menguasai”. Allah memang
boleh menguasai kelakuan dan perbuatan manusia kerana Ia menguasai hati serta ,
rezki, nasib dan ajal maut manusia itu. Tetapi bila disebut Ia menguasai
perbuatan dan keputusan kita, tentu timbul persoalan bagaimana kerana kita
sendiri yang berbuat bagaimana yang kita kehendaki. Kita membuat suatu kesalaan
jenayah atau sesuatu yang buruk dan ditegah Tuhan, apakah Tuhan yang
mengarahkan kita berbuat begitu? Dia yang melarang dan Dia juga dikatakan yang
menyuruh? Dimana logiknya? Takkan Tuhan begitu dayus (fickle-minded) atau suka
menganiaya hambanya?
Pokok
masalah ialah penggunaan istilah “menguasai” itu. Kalau kita kata “yang
memutuskan” atau “menentukan” hasil akhir (end-result) perbuatan mansuai itu
pasti tidak ada pertelagahan mengenainya. Tentu saja Tuhan yang memutuskan
hasil akhir apa saja yang kita lakukan kerana sudah tersurat dan Ia sedia
maklum mengenainya. Menentukan hasil terakhir bermakna apa yang kita buat
mungkin membawa berbagi-bagai akibat atau hasil sementara, hasil jangka pendek
yang kita hajati, namun akibat akhir (end result) pastilah ditangan Tuhan
seperti apa saja kejadian didunia ini. Yang menimbulkan pertelagahan dan
perbalahan ialah pengguanaan istilah “menguasai” tadi.
Dengan dua
contoh ini kitab oleh bicarakan berbagai-bagai istilah yang disalahguna dalam
urusan hidup kita khususnya yang ada hubungan dengan agama dan falsafah.
Kesalahgunaan itulah yang menibulkan perselisihan faham, perbalahan dan debat
(argument) berpanjangan. Falasafah mengajak kita untuk meneliti semula
penggunaan istilah-istilah yang boleh menimbulkan pertelagahan itu dan
membicarakannya secara logic dan rasional mengikut pendekatanan atau methodologi yang teratur.
Julai 20,
21.
No comments:
Post a Comment