Tuesday, July 20, 2021

 Sudah lama saya tidak mengisi ruangan ini kerana tidak mendapat sambutan. Ternyata orang tak suka membaca tulisan yang panjang-panjang. Namun ada perkara yang elok dibicarakan secara agak serius. Saya rasa banyak perbalahan dalam agama Islam timbul dari penggunaan istilah yang kurang tepat, tidak membawa maksud yang diingin dan tidak pernah dikaji etymologinya. Inilah saya cuba membuka perbincangan mengenainya, jika ada yang berminat. Segala tegoran dan pandangan adalah dialu-alukan.

Agama dan Falsafah  (Suatu Mukadimah)

(Deraf Pertama)

 

Banyak kekeliruan yang timbul mengenai agama dan falsafah. Hubungannya memang sangat rapat kerana kedua-duanya perkara abstrek (mujarrad), melibatkan akal fikiran (thoughts) dan perasaan (emotion). Beda terpenting, agama tidak boleh dihujah (argue). Apa yang diperintah dan dilarang oleh agama mengikut kitab-kitab yang diutamakan (Zabur, Taurah, Injil, al-Quran dll.) mesti dipatuhi tanpa soal-moal untuk dianggap sebagai orang yang beragama.Sedang falsafah mempersoal sesuatu mengenai pengertiannya, mencari kebenaran dengan mendebati (argue),menyelidik dan mengrationalizekan sesuatu perkara itu.

 

Ambil saja contoh paling mudah: Percaya tentang ujud Tuhan. Orang beragama baik Kristian, Zionis, Islam atau lain-lain yang percaya bahawa alam ini  dicipta oleh suatu Roh (Being) Maha Berkuasa, tidak boleh lagi mempersoalkan hal itu. Roh Maha Berkuasa itu tetap diterima ada (ujud), walaupun tidak dapat dilihat. Sebaliknya yang tidak percaya dengan ujud Roh itu dianggap “atheist”.

 

Tetapi falsafah menyoal ujud itu, kalau pun bukan apa/siapa  Roh Berkuasa itu sendiri. Apakah sifat-sifat ujudnya, serjauh mana Ia menguasai tindak-tanduk manusia, menentukan nasib mereka, mengawal pergerakan alam semesta ini dan segala isisnya, menghukum manusia sesudah mati kelak dll? Semua itu boleh didebatkan berasakan logic, pemikiran dan perasaan dalam bidang falsafah.

 

Demikian orang yang beragama tidak menyoal perkara ujud Roh itu – Tuhan atau Allah swt di dalam Islam – tetapi boleh mendebatkan (argue) mengenai sifat-sifat keujudan itu, sejauh mana Tuhan menentukan kelakuan manusia, menentukan nasibnya, menguasai pergerakan segala benda dalam dunia ini dll.

 

Ada ulamak-ulamak Islam yang mendebatkan sama ada Tuhan akan dapat dilihat oleh mansuia atau tidak diakhirat nanti. Kisah Nabi Musa hendak melihat Tuhan menunjukkan bahawa manusia tidak mungkin boleh melihatNya sedang ada ayat-ayat al-Quran yang menyatakan bahawa manusia akan dapat melihat tuhan mereka dihari pengadilan nanti. Manakah yang betul?

Begitu juga hal penguasaan Tuhan terhadap kelakuan dan perbuatan manusia. Kaum Jabariah mengatakan Tuhan menguasai segala-gala tindakan dan keputusan manusia. Kaum Mu’tazilah pula yakin Tuhan memberi pilihan dan manusia sendirilah yang bertanggungjawab tentang kelakuan, perbuatan dan keputusan-keputusannya. Manakah yang betul?

 

Dalam kedua-dua contoh ini soal pokok yang timbul ialah soal “melihat Tuhan” dan “kekuasaan” Tuhan terhadap kelakuan manusia. Ternyata dalam perkara pertama itu apa yang jadi pokok perbalahan ialah penggunaan istilah “melihat”. Melihat bagaimana?  Dengan mata kasar (mata zahir) atau mata hati/mata batin? Kita boleh bicara anjang lebar tentang perkara itu tetapi yang pentingnya istilah “melihat” itulah yang mengelirukan. Melihat biasanya merujuk kepada melihat dengan mata kasar. Melihat dengan mata hati itu lebih tebat disebut “menyedari”.

 

Kita tetap ‘menyedari” ujud Allah tetapi tidak melihatNya. Allah itu ujud kerana kita menyedari ujudnya, walaupun tidak nampak. Kita nampak atau melihat  sesuatu kerana mengasingkan sesuatu benda itu dari persekitrannya. Kita melihat pokok kayu misalnya tetapi tidak uadara yang mengelilinginya. Udara itu ada dan kita boleh menyedarinya tetapi tidak melihatnya biarpun ia sedang bertiup kencang kerana yang kita lihat ialah benda-benda lain bergoyang kerana tiupan itu atau tubuh kita berasa sejuk kerana ditiup angin itu.

 

Begitulah kita menyedari Tuhan itu ujud dan ada (lawan tiada) walaupun kita tidak melihatNya. Seperti juga kita sedar bahawa Ahmad itu ada walaupun kita tidak melihatnya kerana ia beradaan ditempat lain. Oleh itu dapat dapat dilihat bukanlah syarat ujud ada  kerana yang tak dilihat pun ada kalau kita sedar bahawa ia ada. Bila sudah faham tentang beda melihat dan menyedari ini, barulah soal dapat melihat atau tidak itu tidak lagi menjadi soal besar. Lebih penting ialah menyedari sesuatu itu ada atau tidak ada.

 

Mengai soal kedaua sejauh manakah Tuhan mengusasai kelakuan, perbuatan dan keputusan manusia, istilah yang mengelirukan ialah istilah “menguasai”. Allah memang boleh menguasai kelakuan dan perbuatan manusia kerana Ia menguasai hati serta , rezki, nasib dan ajal maut manusia itu. Tetapi bila disebut Ia menguasai perbuatan dan keputusan kita, tentu timbul persoalan bagaimana kerana kita sendiri yang berbuat bagaimana yang kita kehendaki. Kita membuat suatu kesalaan jenayah atau sesuatu yang buruk dan ditegah Tuhan, apakah Tuhan yang mengarahkan kita berbuat begitu? Dia yang melarang dan Dia juga dikatakan yang menyuruh? Dimana logiknya? Takkan Tuhan begitu dayus (fickle-minded) atau suka menganiaya hambanya?

 

Pokok masalah ialah penggunaan istilah “menguasai” itu. Kalau kita kata “yang memutuskan” atau “menentukan” hasil akhir (end-result) perbuatan mansuai itu pasti tidak ada pertelagahan mengenainya. Tentu saja Tuhan yang memutuskan hasil akhir apa saja yang kita lakukan kerana sudah tersurat dan Ia sedia maklum mengenainya. Menentukan hasil terakhir bermakna apa yang kita buat mungkin membawa berbagi-bagai akibat atau hasil sementara, hasil jangka pendek yang kita hajati, namun akibat akhir (end result) pastilah ditangan Tuhan seperti apa saja kejadian didunia ini. Yang menimbulkan pertelagahan dan perbalahan ialah pengguanaan istilah “menguasai” tadi.

 

Dengan dua contoh ini kitab oleh bicarakan berbagai-bagai istilah yang disalahguna dalam urusan hidup kita khususnya yang ada hubungan dengan agama dan falsafah. Kesalahgunaan itulah yang menibulkan perselisihan faham, perbalahan dan debat (argument) berpanjangan. Falasafah mengajak kita untuk meneliti semula penggunaan istilah-istilah yang boleh menimbulkan pertelagahan itu dan membicarakannya secara logic dan rasional mengikut pendekatanan atau methodologi  yang teratur.

 

Julai 20, 21.