Senja Ungu: Dia masih saja menjadi sosok yang tidak tergapai S...: Dia masih saja menjadi sosok yang tidak tergapai Seolah dunia yang kami pijak ini berbeda. Segalanya sudah lama berakhir hingga awal mulap…
Saya terbaca blog ini keana mencari seorang kawan dg panggilan "senja ungu". saya juga ada blog tapi sudah lama terbiar kerana kurang sambutan seperti blog anda juga. saya dari Malaysia dan blog saya norzahmelawati.blogspot.com. jika mahu dihubungi. terima kasih.
**********************************
selamat pagi 29.10.2019
Sudah begitu lama saya tidak menjengok halaman blog ini kerana saya dapati tidak ada pembaca. namun membaca tulisan2lama aya dapat ia berguna untuk peringatan diri sendiri tentang perjalanan masa dan reaksi kepada event2 semasa. oleh itu inginlah saya merenung kembali dan mencatitkan kesan2 kesan satu tahun yang lalu hingga kini.
Memang telah terlalu banyak perkara penting berlaku. Kerajaan UMNO telah tumbang dlm PU14 ( Mei 2018)dan Tun Mahatihir menjadi PM semula mengetuai gabungan Parti Harapan terdiri dari Pati Pribumi( Mahyuddin), Parti Keadilan (anwar Ibrahim), DAP ( Kit Siang) dan Parti Amanah (Md Sabu). Manisfesto PH antara lain - menghapus GST, Tol, turunkan harga minyak,paling utama ialah MENGHAPUSKAN RASUAH.Janji Tun Mahathir akan menjadi PM dua tahun kemudian serahkan pemerintahan kepada Anwar Ibrahim.
Hari ini kemajuan yang paling nyata ialah usaha menghapuskan rasuah khususnya antara pemimpin2 parti UMNO. Negara telah kerugian wang berpuluh billion RM melalui 1MDB, pensyarikatan FELDA, pinjaman KWSP, KHAZANAH NASIONAL, dan lain2 GLC Kerajaan. Semua pemimpin2 UMNO
tertinggi sedang disiasat atau sudah menghadapi tuduhan rasuah , salahguna kuasa atau money laundering.Pegawai
2 tinggi Kerajaan juga semakin ramai yang dikesan terlibat dan sedang menghadpi tindakan undang2. Amin ya rabbul alamin. moga Allah melindungi yg benar dan mendedahkan yg bersalah.
Dengan perubahan teraju pemerintahan, pemimpin2 peringkat Negeri, Daerah, dan Kampung2 juga berubah.inilah perubahan yang amat nyata dan terasa diperingkat akar umbi. Ketua2 Kampung UMNO yang sombong, mewah, tak kisah hal orang2 yg tiada pengaruh politik telah hilang kuasa,dan musuh2 mereka naik takhta.kesannya? masih dalam perhatian…
Kewangan negara diserahkan kepada Ketua Setiausaha DAP, Guan Eng anak Lim Kit Siang, sebagai Menteri Kewangan. inilah yang minimbulkan banjir kritikan dari UMNO dan orang2 Melayu. mereka lupa yang Menteri2 Kewangan waktu mula2 merdeka dahulu adalah bukan Melayu.Dan orang2 Melayu yang mengurus badan2 swasta serta GLCs ramai yang disyakki terlibat dalam usaha memperkaya diri sendiri (MDS).hanya orang yang biasa dengan kemewahan tidak akan "mabuk" melihat wang yang banyak! Sehingga hari ini- dan selepas pembentangan bajet 2020- masih tidak nampak apa-apa sikap 'racial bias' dipehak Eng Guan.
GST telah dihapus dan diganti dengan SST. Ramai yang tidak nampak perbedaannya. cukai GST dikenakan atas semua barang @6%. cukai SST dikenakan atas barang dan servis tertentu saja dan pada kadar yg berlainan. Barang mewah lebih tinggi cukainya, kera itu taukeh2lebih suka pada GST.
(bersambung)
************************************************
Tun Mahathir sedia dikenal dunia dan apabila in mejadi PM semula mereka yang sudah tidak percaya lagi kepada kerajaan DS Najib dan DS Zahid tentu berasa lapang. Namun Tun M juga ahli politik dan tidak sunyi dari pelbagai tuduhan mementingkan diri sendiri (PDS). Tapi nekadnya untuk menghapus rasuah dan medakwa semua mereka yg terlibat, amat nyata dan harus dipuji.Masala pertama yang dihadapinya selepas menjadi PM semula ialah mengembalikan keyakinan rakyat kepada Kerajaan, menjaga keamanan dan menstabilkan ekonomi dengan membayar hutang2 negara dan tidak menjadi negara muflis.
Saya kira ketiga-tiga keutamaan itu SUDAH TERLAKSANA biarpun janji2 dalam manifesto Parti Harapan belum terlaksana sepenuhnya. Kenalah baikkkan/tukar mekanisma kerajaan yang sudah rosak dahulu sebelum yang baru dapat dipasang. Tidak mudah menukar sikap pemerintah yang sudah 66 tahun berkuasa dan menggunaka rasuah sebagai pencepat sebarang tindakan, BUKAN PERASAAN URGENCY YANG IKHLAS. Masih ramai pegawai2 kanan Kerjaan yang masih setia kepada pemimpin2 lama, DSR dan tonto2nya.
Masalah utama sekarang ialah harga barang2 keperluas asas hidup yang terus malambung naik manakala gaji tidak bertambah. Walaupun kadar kemiskinan dikatakan naik, pergilah melawat kekampung2. penuh kereta2 mewah dan rumah2 tua terbiar dan diganti atau dibaikpulih oleh anak-anak yang sudah bergaji. Bukan miskin lagi tetapi tetap ada kesusahan, kesempitan berkala dan keputusan belanja. Apalgi jika tidak bijak megurusperbelanjaan harian, sanggup papa asal bergaya…..